NOTA BAHASA MELAYU

Kata Nafi: tidak & bukan

Kata nafi digunakan untuk menidakkan atau menafikan sesuatu dalam ayat.

← Semua Nota Tatabahasa

Kata Nafi: tidak & bukan

Kata Tugas & PenggunaanAsas

Kata nafi digunakan untuk menidakkan atau menafikan sesuatu dalam ayat.

Fahami konsep

  • tidak lazimnya menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
  • bukan lazimnya menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh

Dia tidak pergi ke sekolah.
Buah itu tidak manis.
Dia bukan doktor.
Hadiah itu bukan untuk saya.
Ingat: Lihat jenis frasa selepas kata nafi sebelum memilih “tidak” atau “bukan”.
WhatsApp Hubungi Cikgu Anita