NOTA BAHASA MELAYU

Kata Nama

Perkataan yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat atau konsep.

← Semua Nota Tatabahasa

Kata Nama

Golongan KataAsas

Perkataan yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat atau konsep.

Fahami konsep

  • Kata nama am menamakan sesuatu secara umum dan biasanya ditulis dengan huruf kecil.
  • Kata nama khas menamakan sesuatu secara khusus dan huruf awalnya ditulis dengan huruf besar.
  • Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan nama manusia, benda atau perkara mengikut konteks.

Contoh

murid, buku, kucing, sekolah
Siti, Sabah, Proton Saga
saya, kamu, beliau, mereka
Ingat: Lihat sama ada perkataan itu menamakan sesuatu. Jika ya, besar kemungkinan perkataan itu ialah kata nama.
WhatsApp Hubungi Cikgu Anita