NOTA BAHASA MELAYU

Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar dibina daripada frasa nama sebagai subjek dan empat jenis frasa utama sebagai predikat.

← Semua Nota Tatabahasa

Pola Ayat Dasar

AyatAsas

Pola ayat dasar dibina daripada frasa nama sebagai subjek dan empat jenis frasa utama sebagai predikat.

Fahami konsep

  • FN + FN: Frasa Nama + Frasa Nama.
  • FN + FK: Frasa Nama + Frasa Kerja.
  • FN + FA: Frasa Nama + Frasa Adjektif.
  • FN + FS: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Contoh

Kakak saya guru. (FN + FN)
Aiman membaca buku. (FN + FK)
Bunga itu cantik. (FN + FA)
Buku ini untuk adik. (FN + FS)
Ingat: Kenal pasti subjek dahulu, kemudian lihat jenis frasa yang menjadi predikat.
WhatsApp Hubungi Cikgu Anita